Sunday, 4 August 2013

Selamat Pulang ke Kampung...

Hari Raya Aidilfitri kini yang hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, ramai antara kita yang telah mula mengatur jadual perjalanan pulang ke kampung. Masalah kemalangan jalan raya yang kian meningkat setiap kali menjelang musim perayaan sangat membimbangkan.Oleh itu, kami berharap agar semua pengguna jalan raya akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk  mencegah berlakunya kemalangan jalan raya yang boleh membantutkan keriangan hari raya anda.

Berikut adalah tips-tips yang berguna buat pengguna jalan raya bagi memstikan perjalanan anda selamat dan lancar :

1. Sediakan alat pengepam tayar "Portable".ini akan memudahkan anda ketika mengalami masalah tayar     bocor atau kekurangan angin.
2. Sediakan 1 set kabel "Jump-Start" bagi membantu anda jika kenderaan anda mengalami masalah bateri.
3. Bawa beberapa botol air paip sekiranya radiator kereta anda mengalami kekurangan air.
4. Pastikan anda membawa bekalan minyak didalam botol untuk mengelakkan kenderaan anda terkandas sekiranya kehabisan minyak.
5. Pastikan cukai jalan dan lesen anda belum tamat tempoh untuk mengelakkan anda ditahan oleh penguatkuasa.
6. Dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan supaya anda boleh fokus sepanjang perjalanan.
7. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan berasa dalam keadaan yang baik.
8. Banyakan berSABAR dan pandulah dengan cermat dan berhemah.

Semoga perjalanan anda untuk  pulang ke kampung anda akan lebih selamat dan lancar.
salam Aidilfitri dari kami Akasia Holiday.

No comments:

Post a Comment